Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

NOODLE STATION : THAI NOODLE, 10 BINTANG KASIK

THAI NOODLE STATION : PENGASAS CHINA MUSLIM DARI KELANTAN Saje aku kasik besar gambar mee di atas, rasa bangga plak bila makan kat NOODLE STATION. Bila baca pengasas dia, asal kelantan. Kome jangan tak tahu, hujung bulan i makan kat NOODLE STATION. Biasa pilihan aku nasi goreng tomyam dia, tapi dah 2 kali makan THAI noodle nih sedap plak. Boleh pakat2 cuba yer, menu no 10. TORBAIK ke terbalik ke, hanpa tentukan. Balik opis aku telanlah penghalang kepada lebihan kolestrol yang ada dalam mee nih. 3 biji, dan aku selamat, kadang-kadang cheat makan berat takde hal. Itulah gunanya, suppliment. Sebab kita tak selalu makan clean kan.. Pikir sendiri, rasa sendiri wape kali kita makan brokoli sebulan?? DOnt tell me, you tak makan mee n nasi goreng.  Ikhlas dari Ibu YAYA n DAHLIA Iza

PENANGAN WARNA OREN

Aku saje je nak tanya, ramai tak peminat buat oren? alhamdulillah kalau ramailah. Memang kena makan pun buah-buahan seperti oren, epal dan sebagainya.  TETAPI@@@@@ kenapa plak timbul pelbagai jenis vitamin C yang diekstak dari buah oren. Penangan warna oren nih memang mengancam taw, aku kalau pergi farmasi ke guardian ke watson ke MABUK tengok vitamin C warna oren nih. Rasa macam pelbagai jenama aku nak mencubanya.  Itulah katanya penangan warna oren, selain pink ramai mabuk dengan warna oren nih. Tetapi sejak dapat ilmu sikit2 mengenai PERISA dan PEWARNA, saya lebih berhati-hati memilih produk, TAHUKAH kita warna dan perasa buka original buah oren. Dalam setiap produk yang tawarkan warna yang menarik mesti ada pewarna, yang rasa sedap mesti ada perasa. Itulah maksudnya!!!! Aku dah kenal erti cintakan keoriginalan oren bila aku mula menelan Vitamin C tanpa pewarna dan perasa, warna memang tak menarik PUDAR je, RASA apatah lagi nak kunyah tak boleh, MASAM sangat. memang takle

YAYA: SELEPAS BUKA SIMEN KAKI

DDH JOURNEY: OH ANAKKU YAYA Alhamdulillah tanggal 10.12.2014 simen bewarna hijau dikaki anakku dah selamat dibanteras dengan sekeras-kerasnya, adoi kesian dia meraung sampai siap orang dok gerudi kaki dia.  Tetapi syukur saya panjatkan kerana dia dah selamat keluar dari simen terkangkang dia tuh. Jom layan beberapa gambar yaya. Love my daughter!!!! One day, she going to be big girl, at least i dah buat terbaik untuk masa depan dia. Saya thu kalau saya tak buat dari sekarang nanti besar dia akan malu. Bayi DDH, tolong jangan abaikan. Please alert!!! Sincerely Yaya's Mother

MENGHITUNG HARI : YAYA DAH NAK BUKA SIMEN KAKI

Alhamdulillah, simen kaki yaya dah nak dibuka, lagi 6 hari. Allah syukurnya saya penantian 3 bulan dipermudahkan, yaya pun dah aktif nak tido atas tilam bawah senang nak merangkak, kalau dulu mula-mula operation langsung tak gerak, sekarang siap menari lagih, alhamdulillah. Ibu mana tak sebak kalau anak dok tanya bila yaya boleh jalan kan? tapi saya kena kental untuk dia lebih bersemangat.  Jom layan  beberapa gambar anakanda beta nih.  for new friends yang nak tahu yaya sakit apa. Yaya menghidap sakit yang dipanggil DDH (Developmental Dyplasia Of Hips), kaki kanannya panjang sebelah, lebih panjang dari kaki kiri. DDH ni biasanya tidak diketahui apa puncanya, tak boleh dikesan, diorang pun  takde rasa sakit, biasanya ibubapa akan perasan apabila mereka jalan senget dan dada kedepan. Tetapi jika ibubapa khuatir, kita boleh lihat masa diorang bayi lagi apabila isi paha, lipatan lebih sebelah (tolong particular) pasal nih, sebab kalau kita perasan DDH dari kecil, mereka tak

PENGUMUMAN : KENAIKAN GAJI RM100 SEBULAN BERKUATKUASA SERTA MERTA

PENGUMUMAN PENTING KENAIKAN GAJI RM100 SEBULAN BERKUATKUASA SERTA MERTA Assalamualaikum, dengan ini saya mengumumkan kenaikan gaji RM100 sebulan berkuatkuasa serta merta, ini adalah janji seorang pengedar Shaklee jika anda berada dalam empayar bisness online saya Berkat$$$ Group. Jangan mudah tersenyum kerana ada lagi berita lebih gembira: Rajah menunjukkan pengiraan bonus untuk yang berminat, bermula dengan 6 langkah pertama dulu ekk: Berbekalkan semangat yang kental, saya pernah mengalami kejatuhan dan pernah berniat nak bertukar arah, sebab pada ketika itu RM100 adalah kecil dibandingkan dengan usaha, tetapi Shaklee online bisness mengajar saya erti pengorbanan, korbankan jumlah bonus untuk bersama-sama menjaga kesihatan, tanpa disedari inya benar-benar berlaku feedback customer mengenai kesihatan masing-masing lebih baik menggumbirakan saya. Saya lupakan seketika jumlah bonus tu, dan alhamdulillah semakin meningkat dari bulan kebulan. Menjadi rules untuk ka

BUKAN PEMINAT OAT? JOM TUKAR FIKIRAN

Bukan peminat OAT? Assalamualaikum, sekali lagi bertemu di alam maya. So how's your day? alhamdulillah semangat nak diet dan kuruskan badan masih menebal dalam jiwa I, harap-harap tak patah semangat. Insha Allah. Kami dishaklee sekarang memang havoc n kecoh sangat tentang kewujudan #overnite oat, buatan sendiri taw, fresh dengan mix buah-buahan. No wonderlah, bukan peminat oat pun dah bertukar fikiran and now bertukar ke kaki oat.. dah lama saya tak breakfast dengan nasi lemak, roti canai n sebagainya. Sejak saya mula mengira kalori dalam setiap makanan, saya menjadi lebih peka. Alhamdulillah.  Overnite oat ni kena sediakan malam yer, untuk breakfast pagi. Baru betul dimanakan overnite, overnite dalam fridge. Taburan buah pula masa nak mamam yer, baru fresh. First menu yang saya cuba ialah ESP + Low fat milk (HL) + milo + Green apple, tak sangka oat yang plain tu jadi sedap. Saya potong panjang-panjang je green apple tu, memang fresh celup-celup gitu.  Antara r

SUAMIKU PENIAGA BURGER

SUAMIKU PENIAGA BURGER Assalamualaikum semua, hari ni saya nak lari sikit dari topik blog ini, dan saya sebagai pengedar shaklee produk. Hari ni nak bercerita mengenai status seorang isteri kepada peniaga burger. Alhamdulillah pengalaman suami saya berniaga burger sudah hampir ke 10 tahun, berbekal pengalaman bersama Otai Burger sehingga menjadi runner, dia memberanikan diri membuka sendiri gerai burgernya ketika kami bergelar TUNANG. Berada dalam bidang sebegini ketika bersama OTAI burger menjadikan dia lebih matang dalam perniagaan ini, dia lebih mengingati order pelanggan walaupun ketika itu dia sibuk membuat burger dan pelanggan mengoder dengan saya ;). Kerap kali kami bergaduh hanya kerana tersalah letak sayur, mayonis dan sebagainya. Allah hanya tuhan jer tahu, bergaduh 1 hari suntuk kerana mayonis. Ketika itu, gerai masih lagi bukan milik sendiri, ianya milik bekas majikan suami saya, kami menyewa dengan bayaran sewa harian. Dia gumbira dan saya turut gembira bergelar

MASALAH RUMAH TANGGA DIBAWA KE BISNESS ONLINE???

MASALAH RUMAH TANGGA DIBAWA KE BISNESS ONLINE??? Apa terjadi dengan rumah tangga anda sejak buat bisness online?? TERABAI, DIABAIKAN, MENGABAIKAN ATAU BYE BYE!!!! kesat permulaan. walawe. Oklah saya takderlah nak olah masalah rumah tangga sangat dalam keluhan blog nih. Tapi tips paling penting bagi mengelak untuk terlibatnya masalah rumah tangga kedalam bisness online nih: TIME MANAGEMENT  - Ini semestinya perlu diutamakan, oklah seriously saya kerap kena sound oleh suami kerana kerap ngadap phone, lactop dan sebagainya. Sehinggakan suami saya nih daripada dia tidak berminat nak buka facebook, dia plak selalu plak sportcheck facebook saya. Biasanya time yang saya arrangekan untuk scroll balik TINDAKAN online bisnes saya ni agak lewat. Biasanya jam 12 am ke atas, jam 2 pagi baru tido. Time tulah saya tengok target, baca mengenai produk, melawat blog dan sebagainya. Saya wanita bekerja, so time agak terhad cikit, balik kerja jam 6 petang  dah mula masuk dapur, masak m

SEBOTOL AFALFA UNTUKKU

Sebotol Alfalfa Untukku As salam semua, nih nak kongsikan sikit pasal cinta pada Alfalfa, bagaimana CINTA pada ALLFALFA berputik. Dulu ingat lagi nak kuarkan duit poket beli alfalfa seketika dulu bukan senang taw, sebab walau saya bekerja dan mampu nak kuarkan duit RM5x.xx, tapi bukan minat saya nak menelan suppliment, saya hanya gemar telan makjun/jamu kampung buatan bidan kat kampung saya. Bagi saya makjun bidan original tuh memang kebal untuk wanita bersalin seperti saya.  Tetapi dek kerana teringin nak mengenali alfalfa, so saya mencubalah 1 botol, pejam matalah nak menelan 10 biji alfalfa setiap hari, nasib baik harga murah dan jimat sebab ader 330 biji alfalfa dalam tuh. Alhamdulillah, alfalfa memberikan impak dalam masa yang singkat, banyak perbezaan yang saya rasa. Buat seketika, saya tinggalkan makjun dan jamu tradisi saya tuh. Ok nak tahu tak apa keajaiban yang berlaku. Masalah keputihan hilang - Wanita nih takleh lari dengan masalah keputihan tak kiralah

SURIRUMAH TANGGA VS BISNESS ONLINE

SURIRUMAH TANGGA VS BISNESS ONLINE Assalamualaikum, tujuan karangan ni untuk diri sendiri dan sahabat yang teringin nak dapatkan pendapatan sampingan disamping menjadi surirumah sepenuh masa. Ya Allah, banyaknya kelebihan kita sebagai sebagai surirumah tangga, disamping dihormati dan disayangi suami, kita juga dikasihi Allah sw.t. Bukan senang nak menjadi surirumah tangga nih? senang ker?bagi saya sesungguhnya cukup susah. Banyak risiko yang perlu di ambil: MASALAH PENDAPATAN: Ok, its me. Saya selepas kahwin saya tidak pernah berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, it was 4 years ago, since being a wife :). Ya Allah, tuhan jer tahu perasaan saya, keinginan saya untuk menjadi surirumah sepenuh masa, nak memasak untuk suami, nak jaga anak, nak kemas rumah, nak basuh kainlah semua. Tetapi besarnya dugaan PENDAPATAN nih, saya tak boleh berhenti kerja, tunda dulu passion surirumah tuh. Suami saya hanya peniaga biasa dan kadang-kala perniagaannya ditempuh dugaan kekurangan

MH 17 (HARI BERKABUNG MALAYSIA -22 OGOS 2014)

MH 17 (HARI BERKABUNG MALAYSIA -22 OGOS 2014) Salam semua, pembaca blog diriku ini, hari ni merupakan hari berkabung 1 malaysia  seperti diketahui ramai, kejadian MH17 telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia, mana tidaknya tanpa say hello, kita terpaksa say goodbye. Sedihnya hati ini tiada siapa yang tahu. Hari jumaat yang suram bagi saya, kami satu ofis telah bersepakat memakai pakaian serba hitam  dan mendengar siaran radio untuk update terbaru mengenai MH17. Segala update mengenai online bisness saya pun, akan dihentikan sehingga jam 11 am, pagi ini. Hope kita semua menghormati kejadian ini, semoga segalanya berjalan lancar. Sedikit detail nama-nama mereka yang terkorban. Takziah kepada ahli keluarga. Noriza 0196936154

OPEN HOUSE MENGGEMUKKAN BADAN (OH TIDAK!!!!)

 OPEN HOUSE MENGGEMUKKAN BADAN (OH TIDAK!!!) Salam semua, adoi mak lama betul saya menyepi dari menulis lukiran hati nih, maklumlah tak tenteram. Nak story sikit bab semalam punya citer, tengah hari dah ader OPEN HOUSE, BSN. lagi ler terbabas dengan diet proteinku, tapi kubedal nasi minyak dalam anggaran 2 jari jer pun. Tapi nasib baik ler dalam handbag ader LECITHIN SHAKLEE, yang sangat membantu daku untuk mengelumusi balik lemak yang telah kutelan masa open house. setahun hanya sekali. reminder penting hanyalah, bawalah LECITHIN SHAKLEE kemana sahaja, untuk hilangkan rasa bersalah. Ada beberapa tips menghadap open house yang saya dapat bentangkan berdasarkan pengalaman: 1. Pilihan makanan yang pelbagai memang membuakkan nafsu makan yang pelbagai, tapi ingat yer. perut tak larat nak menerima itu semua. Just makan cikit-cikit untuk pelbagai menu. Kurangkan pengambilan nasi dan pelbagaikan pengambilan lauk. 2. Letakkan sedikit rasa malu untuk elak kita

KURUS KERANA APA?

KENAPA KENA KURUS?? Salam semua yer, hari ni bermain plak dalam pikiran saya kenapalah saya kena kurus? gemuk pun cantik aper? alamak soalan cepumas tu..di blog saya saya kongsikan pandangan dan kisah saya sahaja. Saya ni ikhlas cakap sebelum kahwin saya seorang yang sangat pikirkan kecantikan dan kekurusan..kurus dan cantk tu mesti walaupun saya tidak sekurus Siti Nurhaliza..Nak tido, je saya dah buat sit up dalam 20 kali untuk kempiskan perut, pastu sebelum tido aya ambil losyen dan minyak johnson saya sapukan 1 badan. Perghh memang menjaga betul keterampilan, bau badan apa semua..sehinggakan 1 asrama baulah losyen safi saya masa tu.  GAMBAR 2010   Balik pada topik asal plak kenapa saya kena kurus, ok kalau ikutkan memang realitinya kurus itu cantik, bayangkan si gemuk dan si kurus berjalan sekali, mesti orang ushar si kurus kan? Tapi masa tu saya berserah pada jodoh kurus ke gemuk ke kalau dah jodoh kahwin jugak kan? sehinggalah saya berkahwin dengan suami saya, masa tu

ANTARA SIMPTOM YANG BIASA DIALAMI OLEH IBU MENGANDUNG

 SHARING BIASA SAYA DARI HATI TANPA PREJUDIS HUHUHUUHUHUH Pengalaman manis mengandungkan Yaya dan Dahlia sangat berbeza, betul orang tua kata "lain anak lain ragamnya, so dari mengandung lagi mereka dah tunjukkan perbezaan mereka. Yaya seorang yang aktif semasa dalam kandungan, sentiasa bergerak terutama ketika saya ingin tidur. Kadang-kadang, sedar dari tidur baru perasan ayahnya sedang melayan anaknya bergerak dalam perut saya. Berbeza plak Dahlia, jarang bergerak dan senyap jer tatkala saya tidur.  YAYA  DAHLIA Semasa mengandung saya jugak mengalami beberapa simptom yang membuatkan saya kadang-kadang menjadi orang kurang sabar dengan simpton-simptom tersebut. Disini saya nak share beberapa simptom yang biasanya dialami ibu mengandung. Sekadar untuk perkongsian: ANTARA 10 SIMPTOM-SIMPTOM IBU MENGANDUNG 1. Loya/muntah/morning sickness 2.  Berat badan meningkat hampir 10% dari berat asal 3. Sakit semasa buang air kecil/kencing (biasanya fasa terakhir ke

GLA COMPLEX

Antara produk hot sepanjang saya bergelar SID ni tak lain tak bukan Gla COmplex. Apakah kandungan Gla Complex GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin. Fungsi-fungsi Gla Complex Meggalakkan rasa lega ketika kitaran haid bulanan Mencatikkan kulit (glowing) Menyokong sistem imun badan Mengawal kadar gula dalam badan (sesuai bagi pesakit diabetic) Mengecutkan cyst Menggalakkan kesuburan wanita Menstabilkan hormon wanita Melegakan PMS (masalah pra-haid) Bagi mereka yang ader masalah haid tidak teratur terutamanya, anda mesti pastikan haid anda kembali teratur, dengan mengamalkan gla complex secara konsisten pasti haid akan kembalik kepada normal. Perlu diingatkan bahawa haid tidak teratur boleh menyebabkan wanita susah hamil dan kerisauan berlakunya ketumbuhan dalam rahim. *Sila pastikan anda menanda tarikh datang haid, jika anda ingin pastikan waktu subu