Skip to main content

SUAMIKU PENIAGA BURGER

SUAMIKU PENIAGA BURGER




Assalamualaikum semua, hari ni saya nak lari sikit dari topik blog ini, dan saya sebagai pengedar shaklee produk. Hari ni nak bercerita mengenai status seorang isteri kepada peniaga burger. Alhamdulillah pengalaman suami saya berniaga burger sudah hampir ke 10 tahun, berbekal pengalaman bersama Otai Burger sehingga menjadi runner, dia memberanikan diri membuka sendiri gerai burgernya ketika kami bergelar TUNANG. Berada dalam bidang sebegini ketika bersama OTAI burger menjadikan dia lebih matang dalam perniagaan ini, dia lebih mengingati order pelanggan walaupun ketika itu dia sibuk membuat burger dan pelanggan mengoder dengan saya ;). Kerap kali kami bergaduh hanya kerana tersalah letak sayur, mayonis dan sebagainya. Allah hanya tuhan jer tahu, bergaduh 1 hari suntuk kerana mayonis. Ketika itu, gerai masih lagi bukan milik sendiri, ianya milik bekas majikan suami saya, kami menyewa dengan bayaran sewa harian. Dia gumbira dan saya turut gembira bergelar akauntan kepada tunang saya.



Alhamdulillah selepas 4 bulan berkahwin kami membeli gerai kami sendiri, second hand waktu tu beli RM800.00 full steel, dan mula berniaga dengan gelaran suami isteri, happy tidak terkata, bersyukur, dugaan awal perkahwinan kami, gerai dirampas, suami tiada pekerjaan dibalas dengan seribu kebahagiaan. Setelah 6 bulan kami meniaga, saya disahkan mengandung anak pertama, dia umum kat semua pelanggan burger dia malam tu yang isteri dia mengandung, excited konon. Biasanya saya balik ofis jam  5 petang, mandi dan lepas maghrib turun tolong dia berniaga sehingga jam 11 malam, ianya berlarutan sehingga saya pregnant 8 bulan, berjalan kaki datang ke gerai, alhamdulillah Allah kuatkan saya. Sejak yaya lahir hingga sekarang dia dah 3 tahun hampir 18 jam masa dia bersama ayah dia, dirumah mahupun digerai burger, even sekarang dah 2 kids pun diangkut datang gerai sehingga ibu balik opis, now we are happy family with 2 kids. 





Pelbagai dugaan perniagaan yang dialami, kami terima dengan redha walaupun permulaan kami sedikit tersinggung dengan panahan mata jahat manusia sekeliling. Aku doakan mereka dirahmati Allah. Suamiku peniaga burger, bertentang mata digerai burger, perkenalan kami digerai burger, masa kami digerai burger, segalanya kerana burger, anak2 pun tembam macam burger Alhamdulillah.

Jemputlah datang ke gerai burger kami, BURGER ATAN BURGER ATAN BURGER ATAN
BURGER ATAN BURGER ATAN

BURGER ATAN
berhadapan kedai topup hotlink
jalan camar 4/2
seksyen 4, kota damansara
Atan 012-6633947

Open untuk tempahan bagi pelbagai event

__________________________________*******______________________________________

Comments

Popular posts from this blog

KURUS KERANA APA?

KENAPA KENA KURUS?? Salam semua yer, hari ni bermain plak dalam pikiran saya kenapalah saya kena kurus? gemuk pun cantik aper? alamak soalan cepumas tu..di blog saya saya kongsikan pandangan dan kisah saya sahaja. Saya ni ikhlas cakap sebelum kahwin saya seorang yang sangat pikirkan kecantikan dan kekurusan..kurus dan cantk tu mesti walaupun saya tidak sekurus Siti Nurhaliza..Nak tido, je saya dah buat sit up dalam 20 kali untuk kempiskan perut, pastu sebelum tido aya ambil losyen dan minyak johnson saya sapukan 1 badan. Perghh memang menjaga betul keterampilan, bau badan apa semua..sehinggakan 1 asrama baulah losyen safi saya masa tu.  GAMBAR 2010   Balik pada topik asal plak kenapa saya kena kurus, ok kalau ikutkan memang realitinya kurus itu cantik, bayangkan si gemuk dan si kurus berjalan sekali, mesti orang ushar si kurus kan? Tapi masa tu saya berserah pada jodoh kurus ke gemuk ke kalau dah jodoh kahwin jugak kan? sehinggalah saya berkahwin dengan suami saya...

TAUKE LOKCHING

REZEKI ALLAH, TAKDE MANUSIA LEH PERTIKAI VS DUGAAN ALLAH, TAKDE MANUSIA BOLEH ELAK  Ya Allah jarang sungguhla saya singgah kat blog nih, maklumlah jari layan IG, facebook dan whtsp pun dah cramp, apatah lagi blogger. Okla memandangkan arini ade sikit time yang luas untuk saya lebarkan sayap saya, mencerita keadaan yang sedang berlaku sekarang. Saya mulakan hari ini dengan bercerita tentang rezeki luas yang Allah bagi kat keluarga saya dengan meniaga lokching dan for sure yer hanya DARI RUMAH, tapi bukan WAHM, tapi WAHF sebab suami saya yang uruskan hal jual beli, order ngan supplier, packing hinggakan penghantaran. saya masih bekerja ok..sebenarnya family saya ni terbalik sikit sebabnya saya yang kerja bukan suami. Saya  tak salahkan suami, sebab saya yang taknak dia cari kerja, saya yang nak dia menjaga ketiga2 puteri saya. Dengan keadaan kewangan dizaman pemerintahan PM kesayangan ramai ni, ekonomi memang makin bagus sangatttttt, menyebabkan kerja kosong kurang, duit ...

PENANGAN WARNA OREN

Aku saje je nak tanya, ramai tak peminat buat oren? alhamdulillah kalau ramailah. Memang kena makan pun buah-buahan seperti oren, epal dan sebagainya.  TETAPI@@@@@ kenapa plak timbul pelbagai jenis vitamin C yang diekstak dari buah oren. Penangan warna oren nih memang mengancam taw, aku kalau pergi farmasi ke guardian ke watson ke MABUK tengok vitamin C warna oren nih. Rasa macam pelbagai jenama aku nak mencubanya.  Itulah katanya penangan warna oren, selain pink ramai mabuk dengan warna oren nih. Tetapi sejak dapat ilmu sikit2 mengenai PERISA dan PEWARNA, saya lebih berhati-hati memilih produk, TAHUKAH kita warna dan perasa buka original buah oren. Dalam setiap produk yang tawarkan warna yang menarik mesti ada pewarna, yang rasa sedap mesti ada perasa. Itulah maksudnya!!!! Aku dah kenal erti cintakan keoriginalan oren bila aku mula menelan Vitamin C tanpa pewarna dan perasa, warna memang tak menarik PUDAR je, RASA apatah lagi nak kunyah tak boleh, MASAM sangat. mem...