Skip to main content

KURUS KERANA APA?

KENAPA KENA KURUS??

Salam semua yer, hari ni bermain plak dalam pikiran saya kenapalah saya kena kurus? gemuk pun cantik aper? alamak soalan cepumas tu..di blog saya saya kongsikan pandangan dan kisah saya sahaja. Saya ni ikhlas cakap sebelum kahwin saya seorang yang sangat pikirkan kecantikan dan kekurusan..kurus dan cantk tu mesti walaupun saya tidak sekurus Siti Nurhaliza..Nak tido, je saya dah buat sit up dalam 20 kali untuk kempiskan perut, pastu sebelum tido aya ambil losyen dan minyak johnson saya sapukan 1 badan. Perghh memang menjaga betul keterampilan, bau badan apa semua..sehinggakan 1 asrama baulah losyen safi saya masa tu. 

GAMBAR 2010
 
Balik pada topik asal plak kenapa saya kena kurus, ok kalau ikutkan memang realitinya kurus itu cantik, bayangkan si gemuk dan si kurus berjalan sekali, mesti orang ushar si kurus kan? Tapi masa tu saya berserah pada jodoh kurus ke gemuk ke kalau dah jodoh kahwin jugak kan? sehinggalah saya berkahwin dengan suami saya, masa tu berat masih maintain macam belum kahwin. ..tapi betullah bila kahwin tak pikir dah pasal kurus sebab dah ada suami, kurus ke gemuk ke dah ader laki. betul tak? Kisah selanjutnya, beranak plak anak pertama dan kedua terus menlonjak -lonjak berat badan, misi dan visi nak kuruskan badan memang takder, tak terlintas dalam pikiran. TAKDE, siap orang kata gemuknya..tak nak kurus ker??? ader ku kesah!!!


Tapi semenjak dua menjak ni dok memikir pasal kurus jer, nak tahu kenapa saya kena kurus? apa sebab saya nak sangat kurus.

1. Tiada keyakinan diri, kalau badan gemuk ni nak jumpa orang pun malu, boss soh gi meeting ke mengelak jer, nak jumpa sesiapa pun tidak oh tidak. daku tak sekurus mereka.
2. Susah nak cari baju, ini realiti melebihi fantasi. nak gi kerja, bayangkan saya pakai tshirt gi opis sampai kena sound, kena perli kat boss..pastu nak beli baju plak..kalau orang kurus kena ada rm50.00 cukup dah, orang gemuk ni rm100.00 baju baru sehelai..betul tak?
3. Suami selalu bagi semangat, ini memang dari dulu tapi isteri degil, makan nak fast food jer..betul bayangkan favourite saya MCD Cheese burger.
4. Setiap kali bersalin, saya kena obesiti walaupun tiada kencing manis..kerja banyak masa mengandung, kena check up si ibu yang obes ni pelbagailah dek non, minum air gula lah aper lah
5. Period jadi tidak teratur, ini masalah dalaman yang saya akui, lepas bersalin Dahlia, period dah main ciku cak..kejap ader, kejap takder.
6. Saya takutkan sakit, dalam keluarga saya banyak masalah kolestrol tinggi, macam abah dan mak saya dah ader kencing manis. so saya tak nak sakit diusia muda..tak mahu
7. Saya nak cantik dan berkeyakinan didepan suami..seriously malu nak bersama suami dengan keadaan lemak situ sini.18sx..tak leh citer.


Bak kata banyaklah sebab kenapa aku kena kurus..nasib baiklah aku diperkenalkan dengan orang yang positif menyokong aku untuk kembali kurus..sebenarnya selepas sekian lama tak jogging, hari ni saya jogging plak ngan adik saya, bawa 2 anak. ..jogging sambil tolak stroller, insha allah misi nak kurangkan berat badan lagi 3 bulan tercapai. Nak kurus, nak jugak..tapi betullah saya perlukan bantuan dan sokongan dari sekeliling. Saya perlukan bantuan suppliment pembantu semula jadi, dan saya gembira sebab saya salah seorang pengedar Shaklee. So saya leh start konsistenkan balik pengambilan set kurus yang dibekalkan. Antara pembantu yang saya pilih ialah, Cinch Latte,Omega Guard, Lecithin Alfalfa. Insha Allah misi akan terlaksana jua. 

Antara tips kuruskan badan yang mak saya bagitahu saya dan sedikit tips dari sekililing ialah:
1. Minum banyak air suam, kurangkan air berais dan manis
2. Sit up sebelum tidur
3. Minum teh yang tawar (pilihan saya cinch tea)
4. Makan makanan bersup/dibakar
5. Kurangkan minyak dalam makanan.
6. Senaman ringan setiap hari
7. Rajin kemas rumah (mak saya perli saya)
8.Kurangkan karbohidrat (kurangkan nasi terutamanya)
9. Jangan skip meal
10. Pikir yang positif-positif jer.

So untuk kurus time raya pun masih sempat, walaupun aim raya saya berat badan kurang tak banyak, tapi ramadhan waktu yang sesuai untuk mengawal pemakanan. Insha Allah kurus menjadi visi dan misiku. Jom kurus..

Jangan lupa dapatkan suppliment pembantu untuk pertingkatkan metabolisme, jangan ditelan pil yang belum tentu ramuannya, bahaya!!!

Selamat malam yer, darr..mimpi aku kurus aku kurus.

Izza
0196936154
CEO Berkat$$ Group
Shaklee Independent Distributor

Comments

Popular posts from this blog

TAUKE LOKCHING

REZEKI ALLAH, TAKDE MANUSIA LEH PERTIKAI VS DUGAAN ALLAH, TAKDE MANUSIA BOLEH ELAK  Ya Allah jarang sungguhla saya singgah kat blog nih, maklumlah jari layan IG, facebook dan whtsp pun dah cramp, apatah lagi blogger. Okla memandangkan arini ade sikit time yang luas untuk saya lebarkan sayap saya, mencerita keadaan yang sedang berlaku sekarang. Saya mulakan hari ini dengan bercerita tentang rezeki luas yang Allah bagi kat keluarga saya dengan meniaga lokching dan for sure yer hanya DARI RUMAH, tapi bukan WAHM, tapi WAHF sebab suami saya yang uruskan hal jual beli, order ngan supplier, packing hinggakan penghantaran. saya masih bekerja ok..sebenarnya family saya ni terbalik sikit sebabnya saya yang kerja bukan suami. Saya  tak salahkan suami, sebab saya yang taknak dia cari kerja, saya yang nak dia menjaga ketiga2 puteri saya. Dengan keadaan kewangan dizaman pemerintahan PM kesayangan ramai ni, ekonomi memang makin bagus sangatttttt, menyebabkan kerja kosong kurang, duit kurang, s

BUKAN SENANG NAK KEMBANGKAN PERNIAGAAN

MULA MENIAGA DENGAN DIDIKAN SISTEM MLM  Multilevel marketing memang sangat membantu saya dalam didikan menjadi usahawan, ye benar mereka ada sistem. Dan bukan senang kita nak membina empayar besar kita dalam MLM.Nah itu yang benar dong, sudah glamour namanya SHAKLEE, TUPPERWARE dan lain lain. Apatah lagi bisnes kita yang takde nama, takde sistem, takde team, hanya ade produk je? paham ke paham GERAI KAMI  Alhamdulillah dah dua tahun saya start jual #lokching dikota damansara nih. Walaupun kedai jarang bukan, tapi stok tok putus, sebab saya jual harga tolok gok pada pelanggan. Mana yang ambik harga borong pun mai ambik ngan ambo gak. So bayangkan betapa madu racun datang melanda nak bina nama, 2 tahun pun belom boleh bina nama lagi. Sekadar dikenali Satayikan Dahlia, nama anak kedua kami yang menjadi SEBAB perniagaan ini dimulakan. Next sambung ye, ade kerja jap nak order whtsp 0142646182

MENGHITUNG HARI : YAYA DAH NAK BUKA SIMEN KAKI

Alhamdulillah, simen kaki yaya dah nak dibuka, lagi 6 hari. Allah syukurnya saya penantian 3 bulan dipermudahkan, yaya pun dah aktif nak tido atas tilam bawah senang nak merangkak, kalau dulu mula-mula operation langsung tak gerak, sekarang siap menari lagih, alhamdulillah. Ibu mana tak sebak kalau anak dok tanya bila yaya boleh jalan kan? tapi saya kena kental untuk dia lebih bersemangat.  Jom layan  beberapa gambar anakanda beta nih.  for new friends yang nak tahu yaya sakit apa. Yaya menghidap sakit yang dipanggil DDH (Developmental Dyplasia Of Hips), kaki kanannya panjang sebelah, lebih panjang dari kaki kiri. DDH ni biasanya tidak diketahui apa puncanya, tak boleh dikesan, diorang pun  takde rasa sakit, biasanya ibubapa akan perasan apabila mereka jalan senget dan dada kedepan. Tetapi jika ibubapa khuatir, kita boleh lihat masa diorang bayi lagi apabila isi paha, lipatan lebih sebelah (tolong particular) pasal nih, sebab kalau kita perasan DDH dari kecil, mereka tak