Skip to main content

TAUKE LOKCHING


REZEKI ALLAH, TAKDE MANUSIA LEH PERTIKAI VS DUGAAN ALLAH, TAKDE MANUSIA BOLEH ELAK 


Ya Allah jarang sungguhla saya singgah kat blog nih, maklumlah jari layan IG, facebook dan whtsp pun dah cramp, apatah lagi blogger. Okla memandangkan arini ade sikit time yang luas untuk saya lebarkan sayap saya, mencerita keadaan yang sedang berlaku sekarang. Saya mulakan hari ini dengan bercerita tentang rezeki luas yang Allah bagi kat keluarga saya dengan meniaga lokching dan for sure yer hanya DARI RUMAH, tapi bukan WAHM, tapi WAHF sebab suami saya yang uruskan hal jual beli, order ngan supplier, packing hinggakan penghantaran. saya masih bekerja ok..sebenarnya family saya ni terbalik sikit sebabnya saya yang kerja bukan suami. Saya  tak salahkan suami, sebab saya yang taknak dia cari kerja, saya yang nak dia menjaga ketiga2 puteri saya. Dengan keadaan kewangan dizaman pemerintahan PM kesayangan ramai ni, ekonomi memang makin bagus sangatttttt, menyebabkan kerja kosong kurang, duit kurang, semuanya kurang. Percaya tak lelaki lebih susah dapat kerja berbanding wanita? and for me it yes. So saya yang dah kerja 10 tahun ni decide untuk tidak berhenti kerja dan mintak tolong suami jagakan anak sambil menjaga tiga puteri, thank you suami. Sebenarnya dia ni dulu niaga burger, nama kedai dia burger atan glamour di Kota damansara, selangor. tahun demi tahun, masalah datang, sales slow, kami pun asyik berselisih faham je, so gerai dijual. 




Now, Alhamdulillah kerisauan masalah kewangan yang saya alami masa mengandungkan Zafiya, lepas selepasnya. Bayangkan dengan masalah yang ade, bekerja sorang. Mana nak cekau bayar itu ini? tapi Allah itu Maha Adil, dia hadiahkan kami dengan kelahiran Zafiya dan rezeki yang murah.
Satay ikan a.k.a lokching semakin maju. Sewa rumah yang mahal mampu dibawah, suami pun tak niaga burger, kami hanya fokus pada satay ikan dan keropok dari pantai timur. Kami mencuba yang terbaik mencari yang terbaik untuk anak -anak. Alhamdulillah saya bersyukur kerana kami berjaya membesarkan anak2 sendiri disamping meniaga untuk menampung perbelanjaan.

Jom kita sama-sama mencari rezeki Allah yang pastinya LUAS dan LUAR JANGKAAN

Tips mulakan perniagaan dari saya:

1. Meniaga kerana minat - minat makan jual makanan, minat belit selendang jual selendang sebab apa saya cakap gitu? minat ni membuatkan effort kita lebih usaha tanpa alasan

2. Mulakan dengan modal dalam poket, bukan hutang bank. Yang ni penting, sebab pikir depan belakang yer, bukan pikir kerugian tapi takut depan hari apa apa jadi takde lah terbeliak mata nak settle utang piutang 

3. Disiplin jugak penting, kena tetapkan masa untuk betul-betul untuk strategi, usaha dan sales kasi up

4. TULIS TULIS TULIS, percaya tak kalau saya kata tak tulis, kita tak fokus, sales lost, duit entah kemana? tu saya la..tahu tahu duit takde beli ape pun tak tahu. 

5.Selitkan perbincangan ngan suami pasal ape nak buat untuk up kan sales, cari sesuatu yang boleh membuatkan kita komited nak buat. 

6. Sedekah seberapa jumlah yang DIRAHSIAKAN, untuk mendapat keberkatan

7. Muka anak-anak, ni saya selalu buat.. kalau rasa down, takde mood, malas kena layan muka diorang, strategi mesti masuk dan terus bersemangat.

Ok anak dah panggil, kita caw dulu..nanti kita cite lagi ekk.. jangan lupa contact saya kalau nak beli satay ikan diklang valley ye


mak cun 0142646182




Comments

Popular posts from this blog

KURUS KERANA APA?

KENAPA KENA KURUS?? Salam semua yer, hari ni bermain plak dalam pikiran saya kenapalah saya kena kurus? gemuk pun cantik aper? alamak soalan cepumas tu..di blog saya saya kongsikan pandangan dan kisah saya sahaja. Saya ni ikhlas cakap sebelum kahwin saya seorang yang sangat pikirkan kecantikan dan kekurusan..kurus dan cantk tu mesti walaupun saya tidak sekurus Siti Nurhaliza..Nak tido, je saya dah buat sit up dalam 20 kali untuk kempiskan perut, pastu sebelum tido aya ambil losyen dan minyak johnson saya sapukan 1 badan. Perghh memang menjaga betul keterampilan, bau badan apa semua..sehinggakan 1 asrama baulah losyen safi saya masa tu.  GAMBAR 2010   Balik pada topik asal plak kenapa saya kena kurus, ok kalau ikutkan memang realitinya kurus itu cantik, bayangkan si gemuk dan si kurus berjalan sekali, mesti orang ushar si kurus kan? Tapi masa tu saya berserah pada jodoh kurus ke gemuk ke kalau dah jodoh kahwin jugak kan? sehinggalah saya berkahwin dengan suami saya...

PENANGAN WARNA OREN

Aku saje je nak tanya, ramai tak peminat buat oren? alhamdulillah kalau ramailah. Memang kena makan pun buah-buahan seperti oren, epal dan sebagainya.  TETAPI@@@@@ kenapa plak timbul pelbagai jenis vitamin C yang diekstak dari buah oren. Penangan warna oren nih memang mengancam taw, aku kalau pergi farmasi ke guardian ke watson ke MABUK tengok vitamin C warna oren nih. Rasa macam pelbagai jenama aku nak mencubanya.  Itulah katanya penangan warna oren, selain pink ramai mabuk dengan warna oren nih. Tetapi sejak dapat ilmu sikit2 mengenai PERISA dan PEWARNA, saya lebih berhati-hati memilih produk, TAHUKAH kita warna dan perasa buka original buah oren. Dalam setiap produk yang tawarkan warna yang menarik mesti ada pewarna, yang rasa sedap mesti ada perasa. Itulah maksudnya!!!! Aku dah kenal erti cintakan keoriginalan oren bila aku mula menelan Vitamin C tanpa pewarna dan perasa, warna memang tak menarik PUDAR je, RASA apatah lagi nak kunyah tak boleh, MASAM sangat. mem...