Skip to main content

Posts

PROMOSI HARI RAYA - APA KATA OPEN HOUSE HIDANG SATAY IKAN?

PROMOSI OPEN HOUSE  HARI TERBUKA  BARBEQUE SATAY IKAN, SOSEJ BAKAR  Sedapnya la hai, jom order sekarang

APA ITU SATAY IKAN

APA ITU SATAY IKAN Satay ikan, nah inilah bussiness kawe loni, AKA saya sekarang. SATAY IKAN ni salah satu makanan zaman kanak-kanak dipantai timur, dipantai timur kami panggil lokching iaitu perkataan yang berasal dari thailand yang bermaksud bebola ikan. Satay ikan juga adalah salah satu makanan nostalgia kelantan yang sangat memberi kesan dihati sehinggakan perasaan rindu membuak bila berada dipernantauan. Oleh kerana itu, saya dengan bangga membawa satay ikan ASLI kelantan ke klang valley. Jika dulu nak  masa kecik2 kita nak kena tunggu abang motor datang ke rumah, now tidak lagi. Kami membekalkannya secara frozen iaitu sejuk beku.  Senarai harga 50 CUCUK = RM13.00 100 CUCUK = RM25.00 Harga adalah tidak termasuk kos penghantaran tangan mahupun pengeposan ke seluruh malaysia Ade lagi produk lain iaitu sosej2 dari thailand. Ok nak cepat nih, nanti kecek lagi pasal satay ikan deh..mula2 la ... Dahlia's Mother

Anis Choc Moist Cake

 ANIS CHOC MOIST CAKE Dahlia, oh dahlia, kalau kek anis masuk mulut memang tak nampak mulut dah, nampak kek je. Bila ibu balik kerja n tak beli, muka masam yer. Sayang anak ibu!!! Yaya, ni lagi satu geng yang terbaik kek anis, colek yang di atas je, Yang bawah tinggalkan untuk adiknya. Gambar di atas menjelaskan kenapa ibu memilih kek Anis sebagai punca pendapatan ibu selepas hampir bertahun mencuba pelbagai bisnes. Kini saya merupakan agen kek anis untuk kawasan kota damansara. Allahuakbar, hebatnya caturan Allah s.w.t.

KEROPOK LEKOR ORIGINAL TERENGGANU SEDAP

KEROPOK LEKOR ORIGINAL TERENGGANU Assalamualaikum, alhamdulillah Dahlia's Kropok nampaknya dah rancak dimedia sosial, ramai rupanya penggemar kropok kan? Saya salah seorang  daripada anda, sebab tulah saya jual kropok.  Dulu kalau nak makan kropok kena tunggu time balik kampungla, walaupun harga agak mahal berbanding dipantai timur. Tapi rasanya berbaloi sebabnya tak pakai minyak kereta. Feedback dari customer pun Alhamdulillah memberangsangkan, harapan dan doaku perniagaan berbekalkan semangat dan pinjaman nama anakku ini diberkati Allah s.w.t. Keropok lekor besar paling laku, sebab memang sedap kalau kita potong2 halus. Tips goreng keropok terengganu ni kena toreh sikit dikeropok, panaskan minyak biar betul2 panas, pastu slowkan., dah nampak stabil tu bolehlah masukkan kerpok dan jangan besarkan api yer. Kami juga bekalkan pembelian keropok dengan sos original secara PERCUMA!!! Rugi tak cuba.  Senarai harga adalah seperti berikut:  ...

PEMERGIAN TOK GURU : DATOK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Allahuakbar- Allahuabar Sedih dan sayu hati ini, tanggal 12/2/2015 jam 9.40 malam perginya hamba Allah yang aku sangat- sangat kagumi. Perjuangannya aku harap belum sampai ke penghujung dan akan diteruskan dari generasi ke generasi. Jom kenali Tok Guru kita:  Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. Pengajian : 1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2-Universiti Deoband India 3-Universiti Lahore Pakistan 4-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 6-Sarjana Perundangan Islam Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau ari...

TEGAS KU: TIPS BERNIAGA WANITA YANG MASIH BEKERJAYA

Assalamualaikum, lamanya saya tak singgah blog dan menulis sesuatu. Rindunya tidak terhingga tapi apa nak buat, lactop rosak. Pakai phone takde feellah bebeh. Ok, sekarang aku pasti Allah sedang berbicara denganku. Sejak kebelakangan ni banyak dugaan melanda. Berpisah sementara dengan anak dan suami sangat memberi kesan padaku. Allah je yang tahu keadaanku apabila keseorangan dirumah tanpa mereka disisi. Nasib baiklah adik aku dah pindah mai dok umah aku. Boleh la jadi pengubat rindu. Selalu menari bersama, menangis bersama@ couple orang yang sama tuttt!!!! Layan gambar kropoks  Dahlia's Kropok Sambil2 borak ngan adik saya, dia baru start kerja dan banyak hutang untuk belanja sementara nak dapat gaji. Bila dia bertanya pasal duit. Aku akan jawab "mu nampak tak aku berniaga". Berniaga adalah satu cara tepat untuk back up masalah kewangan yang tidak cukup. Aku bukan orang senang, cara aku mudah kalau dalam bank ada RM100.00 dan tak nak usik. Aku akan c...